Final Exam !!!!!!!!!!!!!!!
So now I tengah bermusim final. Bibit bibit paling mencabar keimanan sama ada nak tidur atau teruskan perjuangan untuk menghadap buku Tsk Tsk. Orang selalu cakap "Study smart dont study hard". Apa yang dimaksudkan with that words ? Apa yang aku faham, study smart ; study awal and study hard ; study last minutes which is aku selalu buat hahahahahaha. Nak cakap lelebih pun tak boleh sebab pointer aku bukan perfect score pun nak menglecture orang. Apa yang aku boleh cakap, study study tu pun Allah jangan lupa. Solat tu cukupkan dan lagi bagus solat di awal waktu, jangan lupa untuk baca kalam Allah yang indah tu which is Al-Quran, doa tu senjata and paling penting, niat. Tajdid niat tu balik. Belajar tu kerana apa ? Elakkan belajar kerana pointer. Niat belajar tu kerana Allah ; nak dapatkan ilmu Allah. In shaa allah berjaya nanti. Whatever it is, good luck bagi yang tengah menghadap Final Exam tu. Do your best !!!! Chayok chayok. Assalammualaikum.
Monday, 28 March 2016
Saturday, 5 March 2016
013
Aku mungkin kasar, tegas dan garang. Tapi bila layan manusia
aku lagi suka mengunakan term kelembutan dan cucuk. Hahaha. Nama term tu pelik
pula aku dengar. Term kelembutan : melayan dengan mengunakan kelembutan semaksima
mungkin yang aku boleh. Term cucuk : Dalam kelembutan tu kita cucuk sikit ayat
pedas atau phycology yang membuatkan manusia tu menyerah. Tapi sebelum
mengunakan tu korang kena bayangkan dulu situasi tu kena dekat korang. I mean,
be on their shoes. Bayangkan korang tu dia. Dan fikir adakah wajar untuk dia
buat apa yang korang nak tu. Wajar ke tak dia terima layanan sebegitu dengan
korang. Hashtag jangan contohi perilaku ini. Hashtag Bukan semua orang boleh
guna term ni. Hashtag kalau awak jaga saya baik baik saya jaga awak baik baik.
Hashtag Tetiba. Hahahahahaha. Nak tahu tak kenapa aku guna term tu ? Sebab aku
ada prinsip berinteraksi aku sendiri. For me, manusia kita kena layan macam
manusia. Treat them well. Jangan kasar sangat dengan dia. Jangan tegas sangat.
Kenapa ? Sebab mereka ada perasaan. Mereka memberontak. Samada ditunjuk atau
disembunyikan. Macam kita. Kita selalu memberontak kalau ada yang memaksa. Tapi
jangan terlalu baik pula. Bila layan baik sangat pula nanti kena pijak kepala.
Tak nak dengar cakap. Senang cerita kita kena seimbang. Tak boleh lebih sangat,
tak boleh kurang. Sebab tu Chinese percaya dengan ying and yang. If I not
mistaken, ying and yang adalah sesuatu yang seimbang. Nak describe lelebih pun
tak boleh. Takut cakap fakta salah. Hehe. So lepas ni bila nak berinteraksi
dengan orang silalah mengunakan kelembutan disamping mengunakan akal. Manusia
ni simple je actually. Tapi manusia sendiri yang mengcomplicatedkan diri
sendiri. Complicated kan post ni ? Memang pun. Sebab aku memang suka
mengcomplicatedkan diri sendiri. Hahahaha.
012
PERELOG
“Kringgg”, Dah bunyi dah loceng ice cream sadis tu. Sekolah
ni tak ada dana ke apa nak ganti loceng lebih canggih ? Berfikir aku sendirian
di dalam bilik persalinan. Suasana di luar bilik persalinan macam dah line
clear je diorang dah masuk kelas kot. “Mira cepatlah decide nak ikut ke tak ?” Nyna
memecahkan keamanan di dalam bilik persalinan. Kron menambah, “Entah kau ni,
dah janji kan kali ni nak cabut sama sama”. Makin lama duduk sini makin tipis
ah peluang nak cabut kan lah panas dalam ni haish, degus aku di dalam hati
sambil menukar posisi duduk. “Dah lah Mira. Kau nak ikut, ikut. Tak nak, sudah
!” , aku menjerit tak puas hati sambil memandang muka Mira. Aku tahu dia
sebenarnya rasa bersalah dan takut sekarang ni. Tapi kalau dibiarkan nanti sampai
habis koko lah aku duduk dalam ni. Nak masuk kelas koko memang tak lah. Kalau
duduk dalam ni pula sama ada kena tangkap dengan pengawas atau dengan dua singa
cikgu disiplin je. Tak nak aku ! “Cepatlah Mira, Raja dah marah tu”, pujuk
Nyna. “Dah lah malas aku nak layan myra ni. Jom lah gerak, nanti tak dapat
keluar pula”, Aku bersuara sambil keluar dari bilik persalinan buat muka line
clear.
“Pintu
pagar ni kunci lah”. Berita yang aku dengar kurang menyenangkan. Nak buat apa
ni ? Nasib belakang ni tak ada orang lalu. “Panjat je lah pintu pagar pendek
tu. Tapi panjat senyap senyap tau sebab dekat situ ada class”, Bisik aku. Kron
dan Farad memulakan aksi sambil yang lain mengambil posisi memantau. Dah macam
perisik masuk tempat musuh pula hahahaha. “Okay, lepas ni Mira dengan Nyna
pula. Aku stay sini tengok orang. Cepat sikit !”. Nyna dan Mira campak beg
keluar dan disambut oleh Farad dan Kron. “Siapa atas motor tu ?” Semua
berpaling lihat apa yang ditunjuk oleh Raja. Polis ke tu ? Tapi polis buat apa
dekat belakang sekolah ni ? “Lariiiiiii”, jerit Kron dan Farad sambil lari
lintang pukang itu menamatkan lamunan aku. Brother tu kejar diorang ? Lagi
pelik. Sekolah ada suruh spy tangkap budak fly ke ?
“Raja
macam mana ni ? Kalau diorang kena tangkap macam mana ? Aku risau lah”, Nyna
bersuara risau. “Kan aku dah cakap kita tak payah fly hari ni, tengok apa yang
dah jadi ?”, tambah Myra. “Tapi kan kita dah plan awal awal. Takan sebab kau
rasa tak sedap hati je kita kena cancel ? Lagipun Farad dengan Kron dah dekat
luar tu. Nak tak nak kena kena cari jalan untuk keluar. Cari diorang”, marah
aku. “Krekk”, pintu bilik persalinan dibuka orang dari luar membuatkan kami
bertiga terkelu. Minta mintalah bukan cikgu disiplin, doa aku di dalam hati.
“Ada kawan dekat luar tu panggil”, manusia yang tidak dikenali tu berkata. Fuhh
cleaner lupanya. Kejap. Kawan ? Farad dengan Kron ke ?
TAMAT
So, apa pendapat korang dengan perelog cerita atas tu ? Best tak ? Ke bosan ? Act ni cerita sebenar dari pengalaman aku sendiri masa zaman sekolah menengah dahulu. Walaupun dah lama dan kabur kabur je pengalaman tu tapi aku cuba untuk ingatkan balik. Tujuan buat ni sebab kami ada project hehehehe. Minta mintalah project kami diluluskan nanti. Amin. K dah merepek. Apa apa pun, do comment on this perelog. Is it fun or no. Thank you *muah sikit.
P/s:Cerita ni bukan 100% dari pengalaman tau.
Subscribe to:
Comments (Atom)